Thursday, 26 September 2013

TAKDIR ALLAH


Pernahkah kita berfikir
Perkahwinan yang dirancang keluarga
Adakah ianya suatu bebanan
Ataupun ianya adalah ikhlas dari hati
Untuk menerimanya

     Kita diberikan hak untuk memilih
     Tetapi kehendak keluarga yang perlu diutamakan
     Mengapa kita perlu utamakan
     Kerana pilihan mereka lebih baik dari kita

Cinta adalah pemberian daripada Allah
Tanpa keizinan daripada Allah
Kita tidak akan dapat merasai cinta
Jika dia adalah jodohmu
Pasti Allah akan memberi kan
Cinta kasih dan sayang kepadanya

     Ya-Allah
     Aku yakin bahawa takdir-Mu lebih baik
     Dari semua yang aku inginkan
     Berilah kekuatan kepada ku untuk memahami
     Semua ini adalah anugerah daripada-Mu