Sahabat sejati sukar untuk dicari
Andai kata kita telah menemuinya
Jagalah persahabatan itu dengan sebaik-baiknya
Kerana kita sukar untuk menjumpainya
Persahabatan itu sangat unik
Kerana kita berbeza antara satu sama lain
Ini kerana kita saling lengkap melengkapi
Dan itulah makna persahabatan
Satu nasihat untuk sahabat semua
Janganlah kerana lelaki ataupun perempuan
Kita saling bermusuhan
Ingatlah tanpa sahabat
Hidup ini akan menjadi muram