Friday, 26 October 2012

LELAKI


Wahai lelaki,
Kau diciptakan untuk melindungi wanita
Untuk membimbing wanita
Untuk melengkapi hidupnya yang serba kekurangan

Wahai lelaki,
Andai kau tidak menginginkannya
Janganlah sesekali kau mencuri hatinya
Janganlah kau mempermainkan hatinya
Janganlah kau mengecewakannya

Sedarlah
Apabila seorang wanita
Memberikan sekeping hatinya kepadamu
Akan dia tetap setia disisimu
Walau apapun yang terjadi
Dia tetap bersamamu dikala susah dan senang

Ingatlah
Apabila hati telah luka
Lukanya susah untuk diubati
Bukan mengambil masa yang singkat
Tetapi ianya akan mengambil masa
Yang terlalu lama untuk diubati

Saturday, 29 September 2012

Apa Itu Cinta


Cinta umpama makanan asasi kepada manusia
Ramai yang mendambakan cinta itu
Tetapi ramai yang tidak mengerti maksud
Apa ertinya cinta bagi seorang manusia

                Ramai yang beranggapan
                Cinta itu harus memiliki
                Cinta itu harus saling mencintai
                Cinta itu harus memberi

Hakikatnya cinta itu adalah berdasarkan
Terjalinnya ikatan persahabatan antara satu sama lain
Timbulnya perassan sayang kepadanya
Akhirnya muncullah perasaan kasih kepadanya

                Ketahuilah bahwa cinta itu
                Tidak bermakna apa-apa
                Tetapi perasaan kasih itu amat bermakna
                Bagi insan yang bergelar manusia
    Sesungguhnya kasih itu amat mendalam maksudnya

Thursday, 5 July 2012

ANDAI LELAKI TAHU


ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

nie just copy n paste dari fb..suke bende nie <3


Saturday, 16 June 2012

You Are



You're the thought that starts each morning,
The conclusion to each day.
You are in all that I do,
And everything I say.

You're the smile on my face,
The twinkle in my eye.
The warmth inside my heart,
The fullness in my life.

You're the hand that's laced in mine,
And the coat upon my back.
My friend, my love,
My shoulder to lean on.

You're my silly, mature, caring,
Thoughtful, bright, and honest guy.
The one who holds me tightly,
When I need to cry.

You're the dimple in my cheek,
The ever-constant tingle in my soul.
The voice that makes me weak,
The happiness of my life.

You are all I've wanted,
You are all I need.
You are all I've dreamed of,
You are all of this to me.

- Melissa Collette -

Inside Of Me



If you could see inside my soul
see inside my heart
you would know how I long for you
whenever we're apart

If you could see inside my head
if thoughts were things to see
you would know how I cherish you
how much you mean to me

In all the ways you comfort me
the way you hold me near
the way you know just what to do
to chase away my fear

The sparkle in your beautiful eyes
your smile, laugh, your touch
are just a few of many reasons
I love you oh so much

Knowing I can talk to you
about any and everything
and knowing together we will get
through whatever life may bring

I could search the whole world over
and this I know is true
I would never find another love
like the love I found with you

Though with each new day, each sunrise
we can't know what's in store
there is one thing I know for sure
each day I love you more

So if you could see inside my head
if thoughts were things to see
you would know I blessed I feel
to have you here with me

- Written and owned by Jay Scott -

copy and paste jerrr

Thursday, 31 May 2012

TANPA SEBARANG KATA



Aku tidak mampu lagi untuk menipu
Aku selalu mengendahkan perasaan aku
Dengan harapan perasaan itu akan hilang
Tetapi aku tidak dapat melakukannya

     Bukan sekali dua aku cuba lakukan
     Tetapi sudah berkali-kali aku telah mencuba
     Aku masih tidak dapat melupakan dirinya
     Walau apapun cara yang telah aku lakukan

Tetapi tanpa aku sedari
Aku telah banyak menyakiti hati aku
Terlalu sakit sehinggakan aku
Gagal mencari penawar untuk mengubatinya

     Walaupun tanpa sebarang kata
     Engkau telah mengajarku erti cinta
     Tanpa engkau sedari juga
     Engkau telah mencuri hatiku
     Dan engkau terus pergi tanpa sebarang kata

Tanpa engkau sedari
Aku telah memberikan hatiku kepadamu
Aku telah menjadi hamba cinta
Yang tidak berketepian

     Disebabkan cinta
     Aku sering menagis sendirian
     Aku telah cuba untuk melupakanmu
     Tetapi aku telah gagal




Friday, 18 May 2012

CINTA TAK BERBALAS







Mencintai seseorang tak seharusnya memiliki
Aku pasrah dengan kehendak-Nya
Aku ingin kebahagiaannya 
Biarpun bukan dengan diriku

Memang sangat menyakitkan
Bila cinta tidak berbalas
Tapi kita mesti bersabar
Mungkin ada hikmah disebaliknya

Kita perlu sedar
Ada juga insan yang pernah mengalaminya
Mungkin kita akan dikurniakan
Jodoh yang lebih baik daripada-Nya

Kita perlu sentiasa bersabar
Ingat akan janji Allah kepada kita
Orang yang baik jodohnya pasti orang baik
Begitu juga sebaliknya

Jangan berasa takut dengan cinta
Kerna cinta akan memberikan
Kita sesuatu yang tidak kita jangkakan

TENTANG HATI DAN PERASAAN


Sebenarnya aku telah jatuh cinta
Sejak pertama kali aku melihatmu
Senyummu telah memukauku
Lirik matamu menarik perhatianku

                Aku menjadi semakin tidak menentu
                Suaramu begitu menghantuiku
                Aku selalu memerhatikanmu
                Tetapi engkau tidak mengetahuinya

Aku tidak menyalahkanmu
Kerna engkau tidak mengetahui perasaanku
Tentang apa yang aku rasakan
Kerna aku tidak mampu untuk meluahkan
Aku hanya mampu untuk mememdamkan

           Aku ingin meluahkan perasaanku
Tetapi aku tidak mampu
Aku terlalu takut
Takut untuk kehilanganmu
Dan takut untuk menerima hakikat

Tetapi aku pasti
Suatu hari nanti engkau akan mengerti perasaan ini
Aku akan menunggu hari tersebut
Walau aku hanya memerhatikanmu dari jauh
Aku bahagia bila engkau bahagia


AKU SENTIASA ADA


Jika dirimu kesepian
Aku sentiasa ada disisimu
Jika kamu sedang bersedih
Aku sedia untuk berkongsi denagnmu
Jika engkau memerlukan seseorang
Ada sentiasa ada untuk mendengar

            Jangan sesekali lari dari masalah
Andai kamu disisihkan
Aku sedia menjadi sahabatmu
Ingatlah bahawa aku sentiasa ada untukmu

Jikalau engkau berasa sedih
Aku sedia menyediakan bahu untukmu
Aku akan sentiasa untuk menceriakanmu
Aku akan mewarnakan hari-harimu

            Jangan sesekali mengelak daripada cinta
            Kerana ianya sungguh indah
            Walau bagaimana kita cuba mengelak
            Kita tidak akan dapat lari daripada hakikat hidup

Janagn sesekali memendam perasaan kecewa
Kelak engkau akan binasa
Luahkanlah supaya engkau akan lega
Semua bebenmu akan terlerai
Jika engkau tidak mampu untuk harunginya
Aku akan sentiasa menemanimu
Sehingga ke akhirnya..

Monday, 23 April 2012

Bila Aku Sudah Berkahwin

Apabila aku sudah berkahwin
Dapatkah dia menerima kekuranganku
Dapatkah dia setia padaku
Dapatkah dia mencintaiku sepenuh hati

                Apabila aku sudah berkahwin
                Adakah dia sabar denganku
                Adakah dia akan membahagiakanku
                Adakah dia akan mengubah diriku

Apabila aku sudah berkahwin
Sudikah dia melindungiku
Sudikah dia mendengar rintihanku
Sudikah dia menjadi sebahagian daripadaku

                Apabila aku sudah berkahwin
                Sanggupkah dia sehidup semati denganku
                Sanggupkah dia menyaraku
                Sanggupkah dia memberikanku ilmu dunia akhirat

Ya-Allah
Apabila aku sudah berkahwin
Semoga dia menjadi suami yang bertanggungjawab
Sedia menghadapi segala rintangan
Sedia menggalas segala bebanan

                Ya-Allah
                Semoga hatiku tidak dilukai lagi
                Semoga aku akan terus disayangi dan dilindungi
                Semoga dia menerima segala kekurangan
                Dan dia juga sedia menghadapi kekurangan tersebut

Sunday, 1 April 2012

Kisah Hati


Kenapa aku rasa begini kenapa aku rasa sedih
Bila aku tengok orang menyanyikan lagu
Khas untuk orang yang dia sayang
Kenapa aku perlu sedih

            Bila aku sedih aku mesti teringatkan dia
            Kenapa perlu aku ingatkan dia
            Aku rasa aku tahu
            Kerana dialah yang telah membuat hati aku terluka

Tapi bukan salah dia
Mungkin dia tidak tahu
Atau aku yang sebenarnya bersalah
Aku pun tidak tahu

            Tapi sebenarnya
            Aku teringin sangat ada orang mendendangkan
   Lagu untuk diriku
            Tambahan pula dia memainkan alat muzik
            Bila agaknya aku boleh rasa begitu

Aku kekadang tidak tahu akan perasaan sendiri
Sebenarnya aku masih menyukainya ataupun tidak
Atau sebenarnya aku belum mengerti tentang kehidupan
Harap ada yang akan membuat aku mengerti
Apa itu kehidupan

Wednesday, 21 March 2012

Khas Untuk Papa


Papa,
Anakmu ini selalu mengingatimu
Setiap detik setiap saat
Anakmu ini sentiasa menyebut namamu

            Aku terlalu menyayangimu
            Tetapi aku tidak dapat untuk melafazkannya
            Tanpamu aku mungkin tiada di dunia ini
            Tanpamu juga aku mungkin tidak sekuat ini

Segala yang engkau lakukan
Telah menjadi semangat dalam diriku
Aku tidak dapt membayangkan
Hidup ini tanpa insan yang aku panggil papa

            Papa,
            Pengorbananmu sungguh besar
            Engkau telah menggunakan seluruh keringatmu
            Untuk memberi keperluan yang selesa untuk diriku
            Dan engkau telah memberikanku
            Pendidikan yang tidak ternilai harganya

Papa,
Pengorbananmu tidak dapat dibalas
Apa yang aku dapat berikan
Kebahagian dan kejayaan kepadamu
Untuk membalas segala yang engkau lakukan untuk diriku

Papa kakak sangat menyayangimu
Ikhlas dari anakmu
Hanya engkau yang satu
Tiada siapa dapat menggantikanmu


Tuesday, 20 March 2012

Fobia cinta


Aku takut untuk jatuh cinta
Aku tak nak dikecewakan
Aku tak nak dilukai
Dan aku tak nak dikhianati

            Tetapi orang yang memberi cinta sangat kejam
            Mereka mempermainkan cinta
            Seolah cinta itu tiada nilainya
            Dam menyebabkan ramai insan yag terluka

Apa guna bercinta jika akhirnya terluka
Apa guna bercinta jika akhirnya dikhianati
Apa mereka memahami maksud cinta
Aku rasa tidak sama sekali

            Bagi mereka cinta itu umpama mainan
            Bagi mereka cinta itu hanya sebuah perasaan
            Bagi mereka cinta itu hanya perhiasan
            Tanpa mereka menyedari cinta itu lebih mendalam maksudnya

Aku kekadang ingin merasai cinta
Tapi aku takut dikhianati
Aku tidak ingin peristiwa lalu berulang kembali
Aku menginginkan percintaan yang abadi

Monday, 19 March 2012

Dugaan Hidup




Hidup ini umpama roda
Kekadang kita di atas
Kekadang kita dibawah
Semua itu kita yang tentukan

          Tetapi kita hanya manusia biasa
          Apa yang kita mampu lakukan
          Hanya berserah kepada-Nya
          Walaupun kita dibumi ada seperti tiada
          Tetapi kita sentiasa ada di mata-Nya

Tetapi kita yang sering melupakan-Nya
Kita terlalu alpa akan dunia
Kita terlalu mengejar harta dunia
Daripada bekalan ke akhirat

          Setiap dugaan dari-Nya
          Adalah petunjuk kepada kita
          Bahwa kita semakin alpa kepada-Nya

Dia datangkan dugaan
Kerana Dia rindu dengar suara rintihan kita
Dia berikan kesempurnaan
Bukan kerana Dia jauh dari kita
Tetapi untuk kita berbakti kepada-Nya

          Sedarlah wahai manusia
          Hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata
          Suatu hari nanti
          Ianya akan mengambil nikmat yang diberi

Saturday, 17 March 2012

Jika Aku Jatuh Cinta


Jika aku jatuh cinta
Temukan dengan lelaki yang menyanyaiku
Mencintai aku dengan sepenuh hati
Boleh membimbing aku dengan sebaik mungkin

Jika aku jatuh cinta
Jangan biarkan perasaan itu melebihi cinta kepada-Mu
Jangan biarkan aku hanyut dengan perasaan itu
Jangan biarkan aku hidup dalam kekufuran

Jika aku jatuh cinta
Biarlah dia telah menjadi suamiku
Biarlah dia menjadi yang terakhir untukku
Biarlah dia menjadi tempat ku bergantung

Ya-Allah
Temukanlah aku dengan orang yang mencintaiku kerana mu
Temukanlah aku dengan orang yang mampu menjagaku
Temukanlah aku dengan kebahagiaan yang hakiki
Temukanlah aku dengan lelaki yang soleh

Ya-Allah
Aku memohon kepada-Mu
Semoga aku memperolehi apa yang aku inginkan
Semoga aku tabah dengan dugaan dari-Mu
Aku redha dengan ujian-Mu


Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Hayatilah lirik lagu dari UNIC nie...

Memendam Perasaan

Aku tidak tahu bagaimana ianya terjadi
Apa yang aku ketahui  aku menyukaimu
Aku tidak tahu bila ianya bermula
Dan aku tidak pernah merasai semua ini


      Aku tahu aku akan terluka
      Tetapi aku tidak dapat menghentikannya
      Ianya semakin membesar di dalam hati
      Aku tidak dapat menghentikannya


Aku hanya mampu melihat dari jauh
Aku tidak mampu untuk meluahkannya
Walaupun dekat tetapi aku merasa jauh
Aku hanya dapat pendamkan perasaan ini


       Aku tahu engkau tahu
       Bahwa aku menyukaimu
       Tetapi engkau sengaja buat tidak tahu
       Aku berasa sungguh sedih


Sudah lama aku pendamkan perasaan ini
Ianya sudah sebati dengan diriku
Dalam masa yang sama menyakitiku
Aku tidak mampu membuat apa-apa


       Tetapi aku sedar siapa aku
       Aku hanya sedakar melukut di tepi gantang
       Apa yang aku tahu sampai sekarang
       Tiada siapa dapat menggantikan tempatmu
       Hanya engkau yang sentiasa berada di hatiku


Friday, 16 March 2012

My Girl


lagu ini sentiasa menbuatkan hati aku terasa. Sama-sama kita hayati lagu ini.. <3


lirik english version :



I couldn’t say with words but I think it was from the beginning
Come to me, though I know that you will hurt me

Don’t be too suprised, or too excited or too hurt
But a love that sometimes complains and is jealous

Even if it’s normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I’m still sadly by your side

You try to say something different
But if I tell you that I love you first
I wonder what face expression you will have

Even if it’s normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I don’t want to give you a burden but
I’m still sadly by your side

Can you only figure out my love with words?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I don’t want to give you a burden but
I’m still sadly by your side 

Lumrah Hidup

Dugaan datang silih berganti
Ianya datang dengan pelbagai cara
Dan inilah yang dipanggil
Kehidupan di dunia


     Terdapat banyak manusia yang berkeliaran
     Terdapat banyak karenah
     Bak kata orang 'Rambut sama hitam,hati lain-lain
     Kita perlu bersabar menghadapinya


Jangan saling benci-membenci
Jangan saling kasar-mengasari
Apa yang kita lakukan dan kataakan
Seperti kita membuka pekung didada sendiri


    Ingatlah wahai makhluk di muka bumi ini
    Semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman
    Ianya terlalu mencukupi dan tiada cacat cela
    kita perlulah sentiasa bersyukur nikmat yang dikurniakan ini


Kita sebagai insan yang lemah
Perlulah sentiasa bersyukur
Ianya akan membuatkan kita sentiasa tenang
Tanpa menyakiti hati kita dan orang lain





Tentang Cinta

Kekadang cinta itu indah
Kekadang cinta itu duka
Tetapi aku tidak mampu
Merasakan apa itu cinta

      Aku teringin merasakan cinta
      Aku mencintai dia
      Dan dia mencintai aku
      Indahnya dunia jika dapat memilikinya

Tetapi aku hanya dapat memberi
Aku tidak pernah dicintai
Adakah ianya indah
Seindah cinta di dalam novel

       Dimana aku dapat menikmati cinta
       Disayangi dicintai dikasihi
       Mungkin aku hanya bisa memperolehinya
       Hanya memohaon dan berusaha

Aku pasti aku akan dapat memperolehinya
Jika niatku kerana Allah
Jika niatku suci dan murni
Aku pasti akan memilikinya
Aku begitu pasti akan hikmah-Nya