Wednesday, 27 November 2013

KEBERANIAN

Pernahkah kita menyukai seseorang
Dan kita tidak mampu untuk mengungkapkannya
Dan kita akan berasa rindu resah
Apabila kita tidak melihatnya walau sehari
Ianya memang menyakitkan

            Tetapi yang paling sakit adalah
            Apabila kita mengetahui
            Orang yang kita suka itu
            Menyukai orang lain

Apa yang boleh kita lakukan
Sekadar melihatnya dari jauh
Dan berfikir
Bilakah aku akan mendapat keberanian
Untuk menyatakan bahawa sebenarnya
Saya sukakan awak....

            Tetapi saya tidak mampu
            Walaupun pada saat itu
            Awak berada betul betul
            Didepan mata saya

Saturday, 9 November 2013

JANGAN TERBURU-BURU JATUH CINTA

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awam untuk mengerti apa makna cinta yang sesungguhnya.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika dalam diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang justru akan merusak kefitrahan cinta.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu a
kan buaian-buaian keindahan sesaat.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta justru akan membutakan mata hati kita.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dengan bangganya memamerkankan cinta belum halalnya.

Dan tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman untuk menjalaninya yang justru memudarkan cinta kita kepada-Nya.

Bukan kita tak ingin untuk mendapatkannya,
Bukan kita tak suka untuk menjalaninya,
Bukan pula kita merasa sok suci akan diri kita.

Kita hanya bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita tak tertambatkan dengan sia-sia sebelum waktunya.

Lebih baik,

Kita bersabar dalam sebuah penantian,
Ketika saatnya telah tiba nanti,
Ketika hati kita telah siap dan kuat menjalaninya.

Kita hanya menunggu waktu yang tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga beharap sebuah kehalalan saat menjalaninya.

SALAHKAH AKU

Kenapa semua susah nak mengerti
Adakah aku yang selama ini bersalah
Aku tertanya-tanya sendiri
Adakah aku terlalu mengikut perasaan

     Jangan memberi harapan kepada orang
     Itulah pesanan yang aku terima
     Tapi kenapa bila aku lakukannya
     Aku yang tersiksa

Kenapa
Adakah aku hanya tunggul kayu
Tiada siapa yang peduli
Akan hatiku ini

     Dia bukan sesiapa dalam hidup aku
     Kenapa disebabkan dia
     Aku yang merana
     Kenapa aku

Tapi tidak mengapa
Aku terima ini sebagai cabaran
Aku akan harunginya
Dengan segala daya yang aku ada
Berusaha 

Thursday, 26 September 2013

TAKDIR ALLAH


Pernahkah kita berfikir
Perkahwinan yang dirancang keluarga
Adakah ianya suatu bebanan
Ataupun ianya adalah ikhlas dari hati
Untuk menerimanya

     Kita diberikan hak untuk memilih
     Tetapi kehendak keluarga yang perlu diutamakan
     Mengapa kita perlu utamakan
     Kerana pilihan mereka lebih baik dari kita

Cinta adalah pemberian daripada Allah
Tanpa keizinan daripada Allah
Kita tidak akan dapat merasai cinta
Jika dia adalah jodohmu
Pasti Allah akan memberi kan
Cinta kasih dan sayang kepadanya

     Ya-Allah
     Aku yakin bahawa takdir-Mu lebih baik
     Dari semua yang aku inginkan
     Berilah kekuatan kepada ku untuk memahami
     Semua ini adalah anugerah daripada-Mu




Monday, 8 July 2013

SAHABAT SEJATI

Sahabat sejati sukar untuk dicari
Andai kata kita telah menemuinya
Jagalah persahabatan itu dengan sebaik-baiknya
Kerana kita sukar untuk menjumpainya

   Persahabatan itu sangat unik
   Kerana kita berbeza antara satu sama lain
   Ini kerana kita saling lengkap melengkapi
   Dan itulah makna persahabatan

Satu nasihat untuk sahabat semua
Janganlah kerana lelaki ataupun perempuan
Kita saling bermusuhan
Ingatlah tanpa sahabat

Hidup ini akan menjadi muram

Tuesday, 19 March 2013

CINTA


Setiap insan mendambakan cinta
Tidak kira tua atau muda
Sampaikan cinta itu dicari-cari
Oleh setiap insan di dunia

Cinta itu sangat indah
Cinta itu tidak kejam
Tetapi manusialah menyebabkan
Keindahan cinta itu hilang

Tetapi aku ingin merasa cinta
Aku ingin sekali merasa dicintai
Ingin sekali merasa bagaimana untuk mencinta
Tapi layakkah aku
     
Aku Cuma seorang insan yang lemah
Tidak tahu apa itu cinta
Senang diperbodohkan oleh orang lan
Dapatkah aku merasai keindahan cinta

Setiap orang layak merasa cinta
Bezanya cinta itu ikhlas ataupun tidak
Dan suatu hari apabila tiba saatnya
Cinta yang ikhlas dan suci pasti akan tiba




Friday, 26 October 2012

LELAKI


Wahai lelaki,
Kau diciptakan untuk melindungi wanita
Untuk membimbing wanita
Untuk melengkapi hidupnya yang serba kekurangan

Wahai lelaki,
Andai kau tidak menginginkannya
Janganlah sesekali kau mencuri hatinya
Janganlah kau mempermainkan hatinya
Janganlah kau mengecewakannya

Sedarlah
Apabila seorang wanita
Memberikan sekeping hatinya kepadamu
Akan dia tetap setia disisimu
Walau apapun yang terjadi
Dia tetap bersamamu dikala susah dan senang

Ingatlah
Apabila hati telah luka
Lukanya susah untuk diubati
Bukan mengambil masa yang singkat
Tetapi ianya akan mengambil masa
Yang terlalu lama untuk diubati