Monday, 23 April 2012

Bila Aku Sudah Berkahwin

Apabila aku sudah berkahwin
Dapatkah dia menerima kekuranganku
Dapatkah dia setia padaku
Dapatkah dia mencintaiku sepenuh hati

                Apabila aku sudah berkahwin
                Adakah dia sabar denganku
                Adakah dia akan membahagiakanku
                Adakah dia akan mengubah diriku

Apabila aku sudah berkahwin
Sudikah dia melindungiku
Sudikah dia mendengar rintihanku
Sudikah dia menjadi sebahagian daripadaku

                Apabila aku sudah berkahwin
                Sanggupkah dia sehidup semati denganku
                Sanggupkah dia menyaraku
                Sanggupkah dia memberikanku ilmu dunia akhirat

Ya-Allah
Apabila aku sudah berkahwin
Semoga dia menjadi suami yang bertanggungjawab
Sedia menghadapi segala rintangan
Sedia menggalas segala bebanan

                Ya-Allah
                Semoga hatiku tidak dilukai lagi
                Semoga aku akan terus disayangi dan dilindungi
                Semoga dia menerima segala kekurangan
                Dan dia juga sedia menghadapi kekurangan tersebut

Sunday, 1 April 2012

Kisah Hati


Kenapa aku rasa begini kenapa aku rasa sedih
Bila aku tengok orang menyanyikan lagu
Khas untuk orang yang dia sayang
Kenapa aku perlu sedih

            Bila aku sedih aku mesti teringatkan dia
            Kenapa perlu aku ingatkan dia
            Aku rasa aku tahu
            Kerana dialah yang telah membuat hati aku terluka

Tapi bukan salah dia
Mungkin dia tidak tahu
Atau aku yang sebenarnya bersalah
Aku pun tidak tahu

            Tapi sebenarnya
            Aku teringin sangat ada orang mendendangkan
   Lagu untuk diriku
            Tambahan pula dia memainkan alat muzik
            Bila agaknya aku boleh rasa begitu

Aku kekadang tidak tahu akan perasaan sendiri
Sebenarnya aku masih menyukainya ataupun tidak
Atau sebenarnya aku belum mengerti tentang kehidupan
Harap ada yang akan membuat aku mengerti
Apa itu kehidupan